Selasa, 19 Februari 2013

i'm back

assalamualaikum..
dah lama rasanya tak update blog ni..bukan dah rasa lagi,memang lama pun kan? pertama skali aku nak cerita sikit la kenapa aku dah lama tak update blog ni? nak tahu tak knp? *bajet mcm rmai plak follower aku. boleh cmtu?

sebab2 kenapa aku dah lama tak update blog yang tak berapa nak blog sangat ni.
1) sejak lappy aku kena virus,aku dah tak bayar bil broadband aku. kalau nak online pun aku g umah akak aku kt alor setar.
2) disamping tidak mempunyai internet,aku pun busy dengan mengulangkaji pelajaran untuk spm *menngulangkaji la sangat.
3) aku busy dengan spm
4) habis spm,aku busy keja pulak *wah mcm besar je keje tu.
5) last sekali aku tak tahu nak update pasal ape..haha(kan senang kalau dari tadi aku bgtau kan?

okay,hari ni aku nak story morry sikit apa yang berlaku sepanjang aku tak update blog ni *memang tak sikit la kan?

 pertengahan tahun 2012 aku trial SPM. *caps lock sikit bagi nampak. Spm okay,bukan PMR laupun aku ni pendek *merendah diri yang sedia rendah.
                                                                   *mangsa SPM*


hampir 11 subjek aku amik. terer tak? haha *blagak pandai.antara subjeknye ialah T.MAKLUMAT,PRINSIP PERAKAUNAN,MATEMATIK TAMBAHAN,TASAWWUR dan PERDAGANGAN. yang aku bgtau ni subjek elektif je. memang pecah kepala la jawab. tapi dapat di atasi dengan adanya si dia *tetibe je kan?. haha abaikan yang tu.

lepas habis spm aku tlg ibu aku menjahit sementara menunggu tarikh untuk bekerja di KLINIK KESIHATAN KUALA BERANG,TERENGGANU. jauh kan aku keje?pnya nak dpt gaji mahal.
sepanjang cuti ni ramai yg tanya aku dpt PLKN x? okay,sukacita dimaklumkan,aku tak dapat..haha tpi teringin nak pergi.

okay,pada 23/12 aku ikut ibu aku g umah mak menakan aku iaitu mak njang sebab dia buat kenduri kawen anak dia. aku ngn ibu aku pergi sehari awal sebab nak tlg apa yang patut. *aku tlg tengok je.
best dapat kumpul dengan mak2 menakan n kazen2. time ni la nak berkumpul pun and masa raya.
                                                   *so sweet kan dorang*

seminggu lepas kenduri tu aku bertolak ke terengganu untuk bekerja. sengaja aku lewatkan sikit sebab aku nak g kenduri umah mak menakan aku. aku bekerja sebagai PEMBANTU PEGAWAI ZAT MAKANAN juga merupakan akak aku sendiri. so senang la dapat keje kan. nak tahu berapa gaji aku dapat? ok,last post ni aku bgtau k?

                                                *sempat lagi bergambar time keje*


disamping aku bekerja sebagai pembantu akak aku, aku juga menjaga anak dia bila dia balik dari meeting. knp aku tak jage je trus? ok,rmai kwn aku yg tnya soalan tu. antara sbbnya,aku tak suka budak yg tak dgr ckp aku dan aku pntang msa aku jga dia berak. sbb aku sensitif dgn bau busuk. aku jga 3 org ank menakan aku iaitu MOHD DANIAL MIRZA,SERI WAHYU QAIRINA dan SERI WAHYU QAISARA.

                                                       *si kembar yang aku jaga*


pada 3/2 aku dan family aku celebrate birthday si kembar ni. dah setahun dorang. makin comel. adh pandai jalan sikit2. ok,aku nak tanya ni,korang tengok x cite SETIA HUJUNG NYAWA? ala yg setiap hari isnin-khamis pkul 7 mlm tu,skrg dh tmat pun. ape?gila tak tengok,sweet sgt2 dorang. disebabkan terpengaruh dgn cerita tu,aku draw satu tulisan ni. saja la aku upload kt fesbuk aku. tak sangka rmai like,haha.kt bwah ni lukisan tu.

                                                                      *cantik tak?*

eh aku lupa nak cite,sebelum trial dlu,aku ada g rombongan daki GUNUNG JERAI. ye,GUNUNG JERAI. naik dengan ape? eh,kiteorang jalan kaki je. 12 kilometer. rasa nak tercabut lutut. boleh? masa nak trun tu aku mengalami kesakitan yang amat sangat.lutut aku bengkok dan tak dapat bergerak lagi. so cikgu datang naik moto amik aku. haha lega la jap.kat bawah ni gambar kecerunan gunung tu. ni tak bape tgi lagi. ada yang lagi tgi.


25/3/2013 nanti aku akan fly ke KEYEL. wah pertama kali kau jah naik fligt. haha. btw, dah hampir dua bulan aku bekerja. kat bawah ni gmbar barang yang aku dapat hasil bekerja selama dua bulan.



now korang boleh anggarkan la berapa gaji aku.huhu..mybe sampai sni je kot. lme tak update panjang plak cite kan?
to my friend : aku rindu korang sangat2. dah lama kita tak kumpul buat bulatan kat belakang kelas borak2,glak2 sme2. hope korang tak lupa aku.
to my kecik : love you so much. jaga diri and jangan lupa jumpa kt keyel nanti bawak hadiah k. haha muah bye.